Monday, January 26, 2015

Cara Sujud yang Betul


Cara sujud yang betul, untuk memastikan cara sujud yang lebih sempurna. Moga amalan kita diterima Allah S.W.T

Tujuh anggota sujud:
– Dahi
– Dua tapak tangan
– Dua lutut
– Dua tapak kaki

Hukum hidung menyentuh tempat sujud adalah sunat. Pastikan ia mengenai tempat sujud juga supaya sujud kita lebih sempurna.

Perhatian!
– Ketika sujud pastikan kedua tapak tangan dirapatkan ke lantai.
– Pastikan kedua hujung tapak kaki mengenai lantai, sekurang-kurangnya hujung jari kaki.


Sila tonton video di bawah untuk lebih kefahaman.





Sila share untuk manfaat ummah.

Monday, January 19, 2015

Kesalahan yang kerap berlaku dalam Solat

Antara kesalahan yang paling kerap berlaku dan menyebabkan solat TIDAK SAH adalah tiada Toma’ninah.

Sila tonton video-video untuk contoh-contoh kesalahan yang lain. Saya telah membahagikan video ini kepada 3 bahagian. Terima kasih kepada uploader asal video ini. Semoga Allah memberkati usaha anda.


Ayat yang di bold kan adalah antara yang paling kerap berlaku.

Bahagian 1


1. Tidak mengangkat kedua tangan ketika Takbir
2. Menoleh ketika Solat
3. Tidak bersedekap ketika berdiri dalam Solat
4.  Tergesa-gesa dalam solat dan tiada Toma’ninah
5. Mengangkat kaki ketika Sujud
6. Hidung tidak menyentuh tempat Sujud
7. Mendahului atau bersamaan gerakan Imam

 Bahagian 2


8. Menempelkan kedua lengan ketika Sujud
9. Berjalan cepat untuk mendapatkan Rakaat
10. Solat tidak mengahdap Sutroh
11. Melakukan gerakan yang sia-sia
12. Menunggu Imam berdiri lalu bersolat bersamanya
13. Tidak mengucapkan Takbirotulihram ketika Masbuq
14. Mengeraskan suara membaca Zikir Solat sehingga mengganggu
15. Mengangkat kedua tangan selepas bangun dari Rukuk seperti berdoa
16. Tidak sempurna berdiri setelah bangun dari Rukuk
17. Tidak melakukan Rukuk secara sempurna
18. Menggulung pakaian ketika Solat

Bahagian 3


19. Tidak menutup bahu ketika solat
20. Solat di tempat yang tidak layak
21. Berjalan di hadapan orang yang Solat
22. Tidak merapatkan saf dan meluruskannya
23. Tidak menghamparkan telapak tangan ketika Sujud
24. Tidak menggerakkan bibir keitika membaca zikir dalam Solat
25. Menghamparkan kedua kaki dan duduk di antaranya



Semoga bermanfaat. Sila share….