Wednesday, November 15, 2017
Cara Solat Ketika Terperangkap Dalam Kesesakan Jalanraya
Solat Ketika Terperangkap Dalam Kesesakan Jalanraya
Kewajipan sembahyang 5 waktu tidak gugur dimana sahaja kita berada sekalipun dalam keadaan yang sukar dan tersepit selagi aqal kita masih berfungsi. Setengah dari keadaan tersepit yang biasa kita alami ialah terperangkap dalam kesesakan lalulintas di jalanraya. Ketika ini tetap wajib dilaksanakan solat dan meninggalkannya dengan sengaja adalah berdosa dan tidak diterima alasan sedang jem atau tidak pandai. Berikut cara melaksanakan solat didalam kenderaan bagi mereka yang tidak ada masa yang cukup untuk tiba dirumah didalam waktu atau tidak bolih berhenti solat di luar kenderaan.
- Takbir serta niat dengan mengadap kiblat. Jika tidak tahu arah kiblat, wajib dianggarkan arah yang paling betul mengikut anggaran kerana firman Allah Taala :
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Artinya : “Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya.” (Al-Baqarah: 144)
- Dalam kereta tidak bolih berdiri olih itu solatlah dalam keadaan duduk di atas tempat duduk kenderaan masing2 kerana sabda Nabi saw :
صل قائما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب
Artinya “Sembahyanglah kamu dengan berdiri, jika kamu tidak mampu berdiri maka duduklah dan apabila kamu tidak mampu duduk maka berbaringlah.” (Hadith Bukhari)
- Membaca fatehah dalam setiap rakaat adalah wajib kerana tidak ada kesukaran membaca samada sembahyang di dalam kenderaan atau di rumah.
- Rukuk dan sujud wajib dilakukan cuma rukuk dengan cara tundukkan kepala dan membaca tasbih rukuk manakala sujud dilakukan dengan tunduk lebih sedikit dari rukuk dan membaca tasbih sujud.
- Kemudian membaca tahyat dan memberi salam setelah cukup rakaatnya.
- Jika hanya pada ketika takbir ihram sahaja mudah kita mengadap kiblat maka digugurkan mengadap kiblat pada selain takbir ihram kerana terkadang kita terpaksa mengikut arah kenderaan ketika bersolat dan mengawal kenderaan.
Firman Allah Taala :
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Artinya “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sekadar kemampuan kamu.” (At-Taghaabun: 16)
- Jika mampu mengadap kiblat dalam keseluruhan sembahyang maka wajib mengadap kiblat dan tidak digugurkan sebab kita ada kemampuan. Sabda Nabi saw :
وما أمرتكم به فافعلوا منه ما استطعتم
Artinya : “dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu lakukan sesuai dengan kemampuan kamu.” (Hadith Muslim)
- Wajib dilaksanakan solat dalam kenderaan ini dalam keadaan suci dari hadas dan menutup aurat dan suci dari najis pada pakaian, tubuh badan dan tempat bersolat. Jika cukup syarat2 sah solat ini, maka setibanya dirumah tidak wajib lagi mengulangi solat kerana telah sah.
- Solat dalam kenderaan ini ialah jika tidak ada masa melainkan habis waktu solat jika kita tidak mengerjakannya. Adapun jika ada masa yang kita bolih tiba dirumah misalnya, maka bolihlah dikerjakan dirumah kerana waktu masih luas.
- Ketika sedang bersolat, bolih menggerakkan kenderaan, memulas stereng atau menekan brek ketika perlu tetapi tidak bolih bercakap. Jika terpaksa bercakap misalnya ditanya olih anggota polis yang menahan kenderaan kita maka batal sembahyang.
Wallahua’lam
Friday, June 9, 2017
[PENTING] Menjaga bacaan Tahiyyat akhir dalam Solat
Tahiyyat akhir adalah salah satu rukun. Jika bacaan salah, gugurlah rukunnya, jika gugur 1 rukun dalam Solat, maka tidak sah lah Solat.
Subscribe to:
Posts (Atom)