Monday, January 8, 2018

Tempoh Tamat Waktu Isyak ~12am


Terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tamatnya waktu solat isyak ini. Namun begitu, pandangan yang lebih kuat, ialah, waktu berakhir bagi menunaikan solat isyak adalah sehingga pertengahan malam (iaitu pukul 12 malam).

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdulllah bin ‘Amr bin al-‘Ash, Nabi SAW bersabda:

وقت الظهر إذا زالت الشمس وكان ظل الرجل كطوله ما لم يحضر العصر، ووقت العصر ما لم تصفر الشمس، ووقت صلاة المغرب ما لم يغب الشفق، ووقت العشاء إلى نصف الليل الأوسط

Maksudnya: “Waktu Zohor apabila tergelincir matahari, sehinggalah apabila bayang-bayang seseorang lelaki sama dengan ketinggiannya, selagi belum masuk waktu ‘asar. Waktu ‘Asar pula (berterusan) sehingga belum menjadi kuning cahaya matahari. Dan waktu solat Maghrib selama-mana tidak hilangnya Syafaq dan waktu ‘Isyak pula sampai pertengahan malam yang tengah.”

Dalam riwayat lain baginda nyatakan:

ووقت العشاء إلى نصف الليل

Maksudnya: “Dan waktu ‘Isyak sampai setengah malam.” 

والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, January 6, 2018

KEPENTINGAN MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT

Erti bacaan solat perlu kita fahami baik secara keseluruhan ataupun secara per kata. Dengan memahami apa yang kita baca, solat pasti menjadi lebih khusyuk dan lebih bererti. Sebaliknya, jika kita tidak mengerti apa yang kita baca, maka hati dan fikiran akan lebih mudah terganggu dengan lintasan-lintasan perkara lain di dalam hati yang akhirnya mengganggu kekhusyukan solat. 

Ini terjadi kerana hati dan fikiran kita tidak memiliki "kesibukan" untuk memahami apa yang dibaca. Solat yang tidak dilandasi dengan pemahaman erti merupakan salah satu ciri ketidaksempurnaan solat. Bahkan, Allah mengumpamakan hal ini seperti orang yang sedang mabuk.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan."  - Surah An-Nisa, Ayat 43

Kalimah “hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan” ialah isyarat jelas bahawa perintah memahami maksud bacaan dalam solat ialah suatu kewajipan yang perlu diusahakan oleh setiap muslim yang mengaku beriman supaya dapat mendirikan solat dalam keadaan yang sempurna.

Mengetahui erti setiap bacaan dalam solat (dari takbiratul ikhram hingga salam) adalah sangat penting. Jika ketika ini kita belum mengetahui 100% erti bacaan dalam solat, tinggalkan dahulu belajar yang lain. Utamakanlah mempelajari tentang perihal ini!

Tidak ada alasan bagi orang yang beriman dan muslim yang telah menjadi Islam sejak puluhan tahun untuk tidak berusaha memahami dan mempelajari bahasa arab dan makna-makna di dalam solat serta tafsir Al-Quran sedangkan dalam waktu yang sama mereka mampu mempelajari pelbagai jenis bahasa asing dan membaca serta menulis dan bahkan bertutur di dalam bahasa tersebut.


والله أعلمُ بالـصـواب

Tidak Sah Solat, Jika Tidak Sebut 5 Bacaan Ini

13 Rukun Solat Dan Pecahannya..

Apabila melakukan solat, terdapat 13 perkara rukun yang mesti kita lakukan. Jika tertinggal salah satu rukun ini, maka solat kita tidak sah.

Berikut adalah 13 rukun tersebut dan juga kategori pecahannya...