Wednesday, June 22, 2016

Cara & Niat Solat Jamak Ketika Bermusafir




Ramadhan Kareem.

Syawal semakin hampir. Pastinya ramai yang sudah membuat perancangan untuk balik kampung seperti memohon cuti dari majikan dan pemeriksaan kenderaan. Bermusafir dalam perjalanan adalah perkara yang biasa kepada hampir semua muslimin dan muslimat di Malaysia.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata (yang bermaksud) “Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan solat Zuhur hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu ia jama’akan kedua-duanya (Zuhur dan Asar dengan jama’ takhir). Sekiranya gelinicir matahari sebelum baginda berangkat, baginda solat Zohor kemudian terus berangkat”


Syarat-syarat Qasar

1. Perjalanan itu dengan tujuan baik, bukan untuk melakukan maksiat. (musafir untuk menonton bola sepak di stadium tidak termasuk ye)

2. Jarak perjalanan itu mestilah melebihi 2 marhalah, iaitu lebih kurang 56 batu atau 91km (ada pendapat lain 96km).

3. Menentukan tempat yang dituju:- seseorang bermusafir hendaklah berazam (berniat) di permulaan perjalanannya untuk menuju ke tempat yang tertentu.

4. Mengetahui tentang hukum harusnya solat qasar; mengetahui tentang harusnya solat qasar adalah penting bagi mengelakkan dari perbuatan yang sia-sia dalam ibadat.

5. Berniat mengerjakan solat qasar semasa takbiratul ihram dan tidak ada sebarang perubahan dalam niatnya; sekiranya niat qasar ini berubah ataupun terjejas disebabkan oleh suatu keraguan, maka mestilah disempurnakan solat (4 rakaat).

6. Tidak bermakmumkan kepada Imam yang solat tamam (genap rakaat) sekalipun seseorang itu musafir.

7. Memelihara  daripada sebarang perkara yang berlawanan dengan niat qasar solat.

8. Masa musafir masih berkekalan ketika ia mengerjakan solat qasar; Jika sudah sampai ke tempat yang dituju, maka musafir telah tamat dan tidak dibolehkan lagi solat qasar, melainkan jika tinggal di tempat yang dituju itu tidak melebihi 3 hari (tidak termasuk hari sampai & hari bertolak)


Niat Solat













Syarat Solat Jamak


Syarat Jamak Taqdim

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat ‘Isyak.

2. Hendaklah niat jamak taqdim di dalam solat pertama sebelum salam, tetapi yang afdhalnya di dalam Takbiratul ihram.

3. Beturut-turut dalam solat yang dijama’kan itu.

4. Berada dalam pelayaran atau perjalanan itu hingga Takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau ‘Isyak).


Syarat Jamak Takhir

1. Hendaklah berniat jamak dalam waktu solat pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berada dalam pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


Moga kita semua diberi kefahaman dan barokah dalam amalan. In Shaa Allah.


Moga bermanfaat. Sila Share.

17 Ramadhan 1437
Selamat memperingati peristiwa Nuzul  Al Quran



Saturday, August 22, 2015

Video Praktikal Cara Berwuduk


Video yang sangat baik ini menerangkan satu-persatu kaedah berwuduk, juga ditekankan amalan-amalan Nabi Rasulullah S.A.W ketika berwuduk. Juga perlu diingatkan juga mengenai pentingnya berjimat-cermat dalam penggunaan air. Begitu sungguh mulianya akhlak junjungan kita Rasulullah S.A.W.



Sila tonton dan selamat beramal!



Jangan lupa klik button share, moga usaha tuan-tuan diberkati. In shaa Allah.

Wednesday, July 29, 2015

Cara Khusyuk Solat. Anda tentu tak sangka…

Dari Dr Fuad Latip.

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah. Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. 

Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. 

Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. 

Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri."


8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. 

Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.

Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah

Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tumaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
Siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
****

Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat. Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.



Copy dari whatsapp post.. Semoga Beramal dan Share!

Monday, March 9, 2015

Bilakah Masa Untuk Membaca Niat Wuduk?

Sangat ramai para muslimin yang masih tidak tahu perkara ini. Saya sendiri pun baru sahaja mengetahui perkara ini. Setelah berpuluh tahun beribadah dalam keadaan tidak sempurna ILMU solat. Astaghfirullah Al-A’aziim. Semoga Allah mengampuni kejahilan saya dahulu.

“Bilakah masa untuk membaca niat wuduk?”

Perlu diketahui NIAT wuduk adalah wajib. Ia termasuk dalam Rukun-Rukun Wuduk.

==> Masa membaca niat wuduk adalah KETIKA air wuduk baru sahaja mengenai muka pada basuhan pertama.


Jadi bagaimana jika kita TIDAK membaca niat ketika itu?

Wuduk dikhuatiri tidak SAH, kerana tidak membaca niat pada masa yang betul. Anda boleh rujuk kepada para Ustaz yang a’alim dalam perkara ini.


Sila tonton video dibawah untuk lebih detail.. (Semoga ALLAH merahmati Ustaz Don, dan semoga beliau sentiasa berkongsi ilmu-ilmu yang berguna).





Sila SHARE. Moga bermanfaat.

Wednesday, March 4, 2015

Seburuk-buruk Pencuri…..

Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri di dalam solatnya. Sebenarnya ramai orang yang solatnya sebegini. Cuba anda pergi ke masjid dan perhatikan bagaimana jemaah lain bersolat, pasti anda terjumpa kesalahan yang berlaku ni… Nauzubillah.

Jika berkesempatan, ambil peluang untuk menegur mereka. Pastinya mereka akan berterima kasih kepada anda (padahal ganjaran yang lebih BESAR menanti di akhirat kelak, InshaAllah).

Sila tonton video dibawah.





Moga bermanfaat, sampai-sampaikan kepada orang lain…… SHARING IS CARING.