About

Assalamualaikum wbt.
Selamat datang ke ke blog BaikiSolat. Blog berbahasa Melayu ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam tentang pentingnya amalan ibadah seharian kita iaitu Solat.  Kami ingin menekankan panduan solat yang betul agar amalan kita dipandang Allah S.W.T (bukankah itu yang kita dambakan?)
Ramai yang menganggap asalkan solat sudah cukup. SAH atau TIDAK, tidak diambil berat. Kalau tidak sah, bagaimana amalan itu hendak diterima?!
Solat adalah perkara PERTAMA di soal di padang Mahsyar kelak. Jika elok amalan solatnya maka mudahlah persoalan hisab yang lain.
Justeru marilah saudara-saudara, perbaiki solat kita, cuba kita tiru/kerjakan solat seperti yang diajarkan nabi sehampir boleh.
Moga-moga blog ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian. Amiin.