Wednesday, December 24, 2014

Pastikan Al-Fatihah anda betul! (Supaya sah solat)


Bacaan Al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat. Ia adalah rukun Qauli (perkataan). Membaca Al-Fatihah dengan betul (iaitu hukum tajwid dan makhrajnya) adalah SANGAT-SANGAT penting demi memastikan solat kita SAH.

Jika salah tajwid dalam bacaan Al-Fatihah, terutamanya yang menyebabkan yang berubah maksud ayat tersebut, maka batallah solat tersebut.

Adapun jika bacaan tajwid kurang tepat, seperti contohnya kurang panjang harakat bacaan, solat masih lagi SAH, tetapi cuma tidak sempurna.

Sila tonton video di bawah (*maaf kualiti video kurang memuaskan)



Jika anda merasakan payah dan susahnya untuk meneliti perkara ini, jangan lah anda berasa kecewa kerana SETIAP usaha susah-payah kita kerana Allah pasti akan dibalas dengan kebaikan oleh-NYA. Moga-moga amalan kita dipandang oleh Allah S.W.T. InshaaAllah.


Sila share dan kongsikan untuk manfaat bersama…

Monday, December 22, 2014

Adakah Wuduk anda betul? (untuk Muslimah)

Para muslimah sila ambil perhatian tentang perkara ini, kerana ramai yang masih tidak tahu.
Rambut di tepi muka (@ sideburn) adalah termasuk dalam bahagian muka wuduk. Jadi ianya mesti dibasuh walaupun panjang.

Jangan diselak rambut tepi itu ke belakang telinga ketika berwuduk kerana dikhuatiri kalau tak terkena air wuduk takut TIDAK SAH.


Sila tonton video di bawah untuk lebih detail.



*** Sila baca post sebelum ini juga mengenai wuduk… KLIK SINI

Sunday, December 21, 2014

Adakah Wudhu anda selama ini betul?

Kami memilih wudhu untuk untuk dijadikan post yang pertama kerana wudhu adalah perkara asas sebelum ibadah solat (selain Istinjak).

Setiap solat mesti dimulai wudhu. Jika wudhu TIDAK SAH, begitu jugalah solatnya. Jadi cara berwudhu yang betul adalah sangat-sangat-sangat PENTING.


Sila tonton 2 video ini…. Perhatikan cara sheikh ini mengambil wudhu dan ambil panduan.



Syed Khatri berwudhu sepertimana beliau melihat gurunya berwudhu, sepertimana gurunya melihat gurunya pula berwudhu, dan demikian sanadnya sehingga ke Rasulullah S.A.W.



Semoga Allah merahmati sheikh atas usaha beliau.

*** Para muslimah sila ambil perhatian ini. BACA sini untuk wuduk muslimah …KLIK SINI


Share post ini jika anda rasa bermanfaat.