Wednesday, December 24, 2014

Pastikan Al-Fatihah anda betul! (Supaya sah solat)


Bacaan Al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat. Ia adalah rukun Qauli (perkataan). Membaca Al-Fatihah dengan betul (iaitu hukum tajwid dan makhrajnya) adalah SANGAT-SANGAT penting demi memastikan solat kita SAH.

Jika salah tajwid dalam bacaan Al-Fatihah, terutamanya yang menyebabkan yang berubah maksud ayat tersebut, maka batallah solat tersebut.

Adapun jika bacaan tajwid kurang tepat, seperti contohnya kurang panjang harakat bacaan, solat masih lagi SAH, tetapi cuma tidak sempurna.

Sila tonton video di bawah (*maaf kualiti video kurang memuaskan)



Jika anda merasakan payah dan susahnya untuk meneliti perkara ini, jangan lah anda berasa kecewa kerana SETIAP usaha susah-payah kita kerana Allah pasti akan dibalas dengan kebaikan oleh-NYA. Moga-moga amalan kita dipandang oleh Allah S.W.T. InshaaAllah.


Sila share dan kongsikan untuk manfaat bersama…

No comments:

Post a Comment