Wednesday, June 22, 2016

Cara & Niat Solat Jamak Ketika Bermusafir




Ramadhan Kareem.

Syawal semakin hampir. Pastinya ramai yang sudah membuat perancangan untuk balik kampung seperti memohon cuti dari majikan dan pemeriksaan kenderaan. Bermusafir dalam perjalanan adalah perkara yang biasa kepada hampir semua muslimin dan muslimat di Malaysia.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata (yang bermaksud) “Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan solat Zuhur hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu ia jama’akan kedua-duanya (Zuhur dan Asar dengan jama’ takhir). Sekiranya gelinicir matahari sebelum baginda berangkat, baginda solat Zohor kemudian terus berangkat”


Syarat-syarat Qasar

1. Perjalanan itu dengan tujuan baik, bukan untuk melakukan maksiat. (musafir untuk menonton bola sepak di stadium tidak termasuk ye)

2. Jarak perjalanan itu mestilah melebihi 2 marhalah, iaitu lebih kurang 56 batu atau 91km (ada pendapat lain 96km).

3. Menentukan tempat yang dituju:- seseorang bermusafir hendaklah berazam (berniat) di permulaan perjalanannya untuk menuju ke tempat yang tertentu.

4. Mengetahui tentang hukum harusnya solat qasar; mengetahui tentang harusnya solat qasar adalah penting bagi mengelakkan dari perbuatan yang sia-sia dalam ibadat.

5. Berniat mengerjakan solat qasar semasa takbiratul ihram dan tidak ada sebarang perubahan dalam niatnya; sekiranya niat qasar ini berubah ataupun terjejas disebabkan oleh suatu keraguan, maka mestilah disempurnakan solat (4 rakaat).

6. Tidak bermakmumkan kepada Imam yang solat tamam (genap rakaat) sekalipun seseorang itu musafir.

7. Memelihara  daripada sebarang perkara yang berlawanan dengan niat qasar solat.

8. Masa musafir masih berkekalan ketika ia mengerjakan solat qasar; Jika sudah sampai ke tempat yang dituju, maka musafir telah tamat dan tidak dibolehkan lagi solat qasar, melainkan jika tinggal di tempat yang dituju itu tidak melebihi 3 hari (tidak termasuk hari sampai & hari bertolak)


Niat Solat













Syarat Solat Jamak


Syarat Jamak Taqdim

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat ‘Isyak.

2. Hendaklah niat jamak taqdim di dalam solat pertama sebelum salam, tetapi yang afdhalnya di dalam Takbiratul ihram.

3. Beturut-turut dalam solat yang dijama’kan itu.

4. Berada dalam pelayaran atau perjalanan itu hingga Takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau ‘Isyak).


Syarat Jamak Takhir

1. Hendaklah berniat jamak dalam waktu solat pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berada dalam pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


Moga kita semua diberi kefahaman dan barokah dalam amalan. In Shaa Allah.


Moga bermanfaat. Sila Share.

17 Ramadhan 1437
Selamat memperingati peristiwa Nuzul  Al Quran



No comments:

Post a Comment