Video yang sangat baik ini menerangkan satu-persatu kaedah berwuduk,
juga ditekankan amalan-amalan Nabi Rasulullah S.A.W ketika berwuduk.
Juga perlu diingatkan juga mengenai pentingnya berjimat-cermat dalam
penggunaan air. Begitu sungguh mulianya akhlak junjungan kita Rasulullah
S.A.W.
Sila tonton dan selamat beramal!
Jangan lupa klik button share, moga usaha tuan-tuan diberkati. In shaa Allah.
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.
1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.
2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.
3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah
Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota
wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah. Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.
5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar
datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.
6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.
7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam
Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini
memahami apa yang diucapkan adalah…. “Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.” “Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.” “Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.” “Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri."
8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.” “Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”. “Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya
Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah. Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan
tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar) Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.
9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.
10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tumaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.
11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada
tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.
12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah.
TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak
ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali.
Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? Siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.
13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…
mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya. “Ya Allah, ampunilah aku ya Allah” “Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah” “Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah” “Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup). “Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah” “Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah” “Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah” “Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat
ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat. Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.
Copy dari whatsapp post.. Semoga Beramal dan Share!
Sangat ramai para muslimin yang masih tidak tahu perkara ini. Saya
sendiri pun baru sahaja mengetahui perkara ini. Setelah berpuluh tahun
beribadah dalam keadaan tidak sempurna ILMU solat. Astaghfirullah Al-A’aziim. Semoga Allah mengampuni kejahilan saya dahulu.
“Bilakah masa untuk membaca niat wuduk?”
Perlu diketahui NIAT wuduk adalah wajib. Ia termasuk dalam Rukun-Rukun Wuduk.
==> Masa membaca niat wuduk adalah KETIKA air wuduk baru sahaja mengenai muka pada basuhan pertama.
Jadi bagaimana jika kita TIDAK membaca niat ketika itu?
Wuduk dikhuatiri tidak SAH, kerana tidak membaca niat pada masa yang
betul. Anda boleh rujuk kepada para Ustaz yang a’alim dalam perkara ini.
Sila tonton video dibawah untuk lebih detail.. (Semoga ALLAH
merahmati Ustaz Don, dan semoga beliau sentiasa berkongsi ilmu-ilmu yang
berguna).
Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri di dalam solatnya.
Sebenarnya ramai orang yang solatnya sebegini. Cuba anda pergi ke masjid
dan perhatikan bagaimana jemaah lain bersolat, pasti anda terjumpa
kesalahan yang berlaku ni… Nauzubillah.
Jika berkesempatan, ambil peluang untuk menegur mereka. Pastinya
mereka akan berterima kasih kepada anda (padahal ganjaran yang lebih
BESAR menanti di akhirat kelak, InshaAllah).
Sila tonton video dibawah.
Moga bermanfaat, sampai-sampaikan kepada orang lain…… SHARING IS CARING.
Mengadap kiblat adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Solat tidak sahtanpanya.
Mengadap kiblat bermaksud menghadapkan diri ke arahnya dengan dada
ketika berdiri, duduk, dan sebahagian badan ketika rukuk dan sujud.
Kita hendaklah berijtihad dalam menentukan kiblat
sama ada dengan menggunakan kompas atau dengan alat-alat yang lain
(termasuk theodolit). Mencari ketepatan kiblat adalah fardhu sebelum
seseorang itu melakukan solat. Solat yang dilakukan tanpa menghadap
kiblat yang betul dengan tanpa keuzuran adalah tidak sah.
Saya telah terjumpa satu post yang menarik ini, yang telah ditulis
oleh seorang Hamba Allah ini. Moga beliau beroleh manfaat yang besar di
akhirat kelak.
———————————————————————————————————————— “Hari ni nak cerita sikit tentang cara saya mengesahkan arah kiblat dari depan komputer. Alkisahnya, apabila saya masuk di Pusat Pengajian Umum, UKM,
pastilah saya nak tahu, mana arah qiblat di bilik baru ni. Saya guna
iphone yang diinstall dengan berbagai perisian kompas qiblat termasuklah
daripada JAKIM. Dapatlah arahnya, iaitu serong sedikit. Untuk pastikan ia betul, maka saya guna step berikut. Anda boleh guna step ini untuk semak arah qiblat masing-masing. 1) Rujuk apps solat JAKIM atau web JAKIM untuk dapatkan berapa
darjah sudut qiblat menggunakan kompas dari lokasi anda. Bagi kawasan
Kuala Lumpur & Selangor, kedudukannya ialah 292 darjah daripada
utara. 2) Download & install ‘transparent on screen protractor’
percuma. Sila google. (saya gunakan ini:
http://sourceforge.net/projects/osprotractor/) 3) Buka website google maps di http://maps.google.com 4) Gunakan on screen protractor di atas google maps. Dapatkan
sudut 292 darjah jika anda tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur (rujuk
semula sudut kompas bagi kawasan anda). Buat perbandingan dengan masjid
utama berhampiran kawasan anda untuk kepastian. Hal ini kerana binaan
masjid biasanya dibina dengan sudut arah qiblat yang telah disahkan oleh
pihak berkuasa agama. Itu sahaja. Seperti yang dijangkakan, analisis ke atas arah qiblat dari bilik
saya adalah tidak tepat kerana kompas iphone saya salah. Ia gagal
menunjukkan arah utara yang tepat hingga menyebabkan arah qiblat
tersasar ke tepi. Walaupun ia menunjukkan sudut 292 darjah, namun
kompasnya bukan ke utara tapi entah ke timur laut ke apa. Elemen besi pada rangka, bumbung dan perabot dalam bilik telah memberi kesan kepada kompas. Jadi, apa lagi, semak-semaklah arah kiblat anda!”
Klik untuk pada image Satellite untuk dapat gambar
yang real. Cari lokasi rumah anda dengan map tersebut. Anda terpaksa
drag map tersebut dengan mouse untuk mencari lokasi anda, dan perlu
betul-betul kenal dengan kawasan anda.
Kemudian bandingkan arah Kiblat tersebut dengan orienatasi rumah anda. Mudah saja, bukan?
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
disebut, tetapi jangaterkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan
yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara Pertama: niat. Kedua: menghilangkan najis di badan. Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat
mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya
ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan
mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak
sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang
ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika
kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran
itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh
dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia
hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam
hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat
Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air
mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan
kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak
sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan
suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak
mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Cara duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir. Pastikan cara duduk yang betul demi kesempurnaan solat.
Cara duduk yang tidak tepat, bukanlah bermaksud solat itu terbatal.
Akan tetapi, tanyakan pada diri kita. Adakah kita mahu mempersembahkan
solat yang yang serba kekurangan di hadapan Tuhan yang Maha Agung?
Bukankah kita sentiasa mengharapkan belas ihsan dari-Nya, maka Solat
adalah penghubung kita dengan ALLAH S.W.T.
Renungkan…
Di dalam video di bawah juga ada diterangkan mengenai pergerakan jari telunjuk ketika membaca Syahadah.
Jangan lupa untuk share demi manfaat ummah bersama.
Cara sujud yang betul, untuk memastikan cara sujud yang lebih sempurna. Moga amalan kita diterima Allah S.W.T
Tujuh anggota sujud: – Dahi – Dua tapak tangan – Dua lutut – Dua tapak kaki
Hukum hidung menyentuh tempat sujud adalah sunat. Pastikan ia mengenai tempat sujud juga supaya sujud kita lebih sempurna. Perhatian!
– Ketika sujud pastikan kedua tapak tangan dirapatkan ke lantai.
– Pastikan kedua hujung tapak kaki mengenai lantai, sekurang-kurangnya hujung jari kaki.
Antara kesalahan yang paling kerap berlaku dan menyebabkan solat TIDAK SAH adalah tiada Toma’ninah.
Sila tonton video-video untuk contoh-contoh kesalahan yang lain. Saya
telah membahagikan video ini kepada 3 bahagian. Terima kasih kepada
uploader asal video ini. Semoga Allah memberkati usaha anda.
Ayat yang di bold kan adalah antara yang paling kerap berlaku.
Bahagian 1
1. Tidak mengangkat kedua tangan ketika Takbir
2. Menoleh ketika Solat
3. Tidak bersedekap ketika berdiri dalam Solat 4. Tergesa-gesa dalam solat dan tiada Toma’ninah
5. Mengangkat kaki ketika Sujud
6. Hidung tidak menyentuh tempat Sujud
7. Mendahului atau bersamaan gerakan Imam
Bahagian 2
8. Menempelkan kedua lengan ketika Sujud
9. Berjalan cepat untuk mendapatkan Rakaat
10. Solat tidak mengahdap Sutroh 11. Melakukan gerakan yang sia-sia
12. Menunggu Imam berdiri lalu bersolat bersamanya
13. Tidak mengucapkan Takbirotulihram ketika Masbuq
14. Mengeraskan suara membaca Zikir Solat sehingga mengganggu
15. Mengangkat kedua tangan selepas bangun dari Rukuk seperti berdoa 16. Tidak sempurna berdiri setelah bangun dari Rukuk
17. Tidak melakukan Rukuk secara sempurna
18. Menggulung pakaian ketika Solat
Bahagian 3
19. Tidak menutup bahu ketika solat
20. Solat di tempat yang tidak layak
21. Berjalan di hadapan orang yang Solat 22. Tidak merapatkan saf dan meluruskannya 23. Tidak menghamparkan telapak tangan ketika Sujud
24. Tidak menggerakkan bibir keitika membaca zikir dalam Solat
25. Menghamparkan kedua kaki dan duduk di antaranya