Thursday, February 19, 2015

(PENTING) Cara menentukan arah kiblat menggunakan Google maps

Mengadap kiblat adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Solat tidak sah tanpanya. Mengadap kiblat bermaksud menghadapkan diri ke arahnya dengan dada ketika berdiri, duduk, dan sebahagian badan ketika rukuk dan sujud.

Kita hendaklah berijtihad dalam menentukan kiblat sama ada dengan menggunakan kompas atau dengan alat-alat yang lain (termasuk theodolit). Mencari ketepatan kiblat adalah fardhu sebelum seseorang itu melakukan solat. Solat yang dilakukan tanpa menghadap kiblat yang betul dengan tanpa keuzuran adalah tidak sah.

Saya telah terjumpa satu post yang menarik ini, yang telah ditulis oleh seorang Hamba Allah ini. Moga beliau beroleh manfaat yang besar di akhirat kelak.

————————————————————————————————————————
“Hari ni nak cerita sikit tentang cara saya mengesahkan arah kiblat dari depan komputer.
Alkisahnya, apabila saya masuk di Pusat Pengajian Umum, UKM, pastilah saya nak tahu, mana arah qiblat di bilik baru ni. Saya guna iphone yang diinstall dengan berbagai perisian kompas qiblat termasuklah daripada JAKIM. Dapatlah arahnya, iaitu serong sedikit.

Untuk pastikan ia betul, maka saya guna step berikut. Anda boleh guna step ini untuk semak arah qiblat masing-masing.

1) Rujuk apps solat JAKIM atau web JAKIM untuk dapatkan berapa darjah sudut qiblat menggunakan kompas dari lokasi anda. Bagi kawasan Kuala Lumpur & Selangor, kedudukannya ialah 292 darjah daripada utara.

2) Download & install ‘transparent on screen protractor’ percuma. Sila google. (saya gunakan ini: http://sourceforge.net/projects/osprotractor/)

3) Buka website google maps di http://maps.google.com

4) Gunakan on screen protractor di atas google maps. Dapatkan sudut 292 darjah jika anda tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur (rujuk semula sudut kompas bagi kawasan anda). Buat perbandingan dengan masjid utama berhampiran kawasan anda untuk kepastian. Hal ini kerana binaan masjid biasanya dibina dengan sudut arah qiblat yang telah disahkan oleh pihak berkuasa agama.

Itu sahaja.

Seperti yang dijangkakan, analisis ke atas arah qiblat dari bilik saya adalah tidak tepat kerana kompas iphone saya salah. Ia gagal menunjukkan arah utara yang tepat hingga menyebabkan arah qiblat tersasar ke tepi. Walaupun ia menunjukkan sudut 292 darjah, namun kompasnya bukan ke utara tapi entah ke timur laut ke apa.

Elemen besi pada rangka, bumbung dan perabot dalam bilik telah memberi kesan kepada kompas.

Jadi, apa lagi, semak-semaklah arah kiblat anda!”

Sumber: http://drhasanah.com/2013/cara-menentukan-arah-qiblat-menggunakan-internet-dan-perisian-percuma/



Update 24/2/15:

Untuk lebih mudah, boleh gunakan website JAKIM   http://www.e-solat.gov.my/web/




Klik untuk pada image Satellite untuk dapat gambar yang real. Cari lokasi rumah anda dengan map tersebut. Anda terpaksa drag map tersebut dengan mouse untuk mencari lokasi anda, dan perlu betul-betul kenal dengan kawasan anda.


Kemudian bandingkan arah Kiblat tersebut dengan orienatasi rumah anda. Mudah saja, bukan?

No comments:

Post a Comment