Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
disebut, tetapi jangaterkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan
yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara
Pertama: niat.
Kedua: menghilangkan najis di badan.
Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat
mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya
ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan
mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak
sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang
ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika
kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran
itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh
dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia
hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam
hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat
Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air
mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan
kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak
sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan
suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak
mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Jangan lupa share ye! Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment