Thursday, February 19, 2015

(PENTING) Cara menentukan arah kiblat menggunakan Google maps

Mengadap kiblat adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Solat tidak sah tanpanya. Mengadap kiblat bermaksud menghadapkan diri ke arahnya dengan dada ketika berdiri, duduk, dan sebahagian badan ketika rukuk dan sujud.

Kita hendaklah berijtihad dalam menentukan kiblat sama ada dengan menggunakan kompas atau dengan alat-alat yang lain (termasuk theodolit). Mencari ketepatan kiblat adalah fardhu sebelum seseorang itu melakukan solat. Solat yang dilakukan tanpa menghadap kiblat yang betul dengan tanpa keuzuran adalah tidak sah.

Saya telah terjumpa satu post yang menarik ini, yang telah ditulis oleh seorang Hamba Allah ini. Moga beliau beroleh manfaat yang besar di akhirat kelak.

————————————————————————————————————————
“Hari ni nak cerita sikit tentang cara saya mengesahkan arah kiblat dari depan komputer.
Alkisahnya, apabila saya masuk di Pusat Pengajian Umum, UKM, pastilah saya nak tahu, mana arah qiblat di bilik baru ni. Saya guna iphone yang diinstall dengan berbagai perisian kompas qiblat termasuklah daripada JAKIM. Dapatlah arahnya, iaitu serong sedikit.

Untuk pastikan ia betul, maka saya guna step berikut. Anda boleh guna step ini untuk semak arah qiblat masing-masing.

1) Rujuk apps solat JAKIM atau web JAKIM untuk dapatkan berapa darjah sudut qiblat menggunakan kompas dari lokasi anda. Bagi kawasan Kuala Lumpur & Selangor, kedudukannya ialah 292 darjah daripada utara.

2) Download & install ‘transparent on screen protractor’ percuma. Sila google. (saya gunakan ini: http://sourceforge.net/projects/osprotractor/)

3) Buka website google maps di http://maps.google.com

4) Gunakan on screen protractor di atas google maps. Dapatkan sudut 292 darjah jika anda tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur (rujuk semula sudut kompas bagi kawasan anda). Buat perbandingan dengan masjid utama berhampiran kawasan anda untuk kepastian. Hal ini kerana binaan masjid biasanya dibina dengan sudut arah qiblat yang telah disahkan oleh pihak berkuasa agama.

Itu sahaja.

Seperti yang dijangkakan, analisis ke atas arah qiblat dari bilik saya adalah tidak tepat kerana kompas iphone saya salah. Ia gagal menunjukkan arah utara yang tepat hingga menyebabkan arah qiblat tersasar ke tepi. Walaupun ia menunjukkan sudut 292 darjah, namun kompasnya bukan ke utara tapi entah ke timur laut ke apa.

Elemen besi pada rangka, bumbung dan perabot dalam bilik telah memberi kesan kepada kompas.

Jadi, apa lagi, semak-semaklah arah kiblat anda!”

Sumber: http://drhasanah.com/2013/cara-menentukan-arah-qiblat-menggunakan-internet-dan-perisian-percuma/



Update 24/2/15:

Untuk lebih mudah, boleh gunakan website JAKIM   http://www.e-solat.gov.my/web/




Klik untuk pada image Satellite untuk dapat gambar yang real. Cari lokasi rumah anda dengan map tersebut. Anda terpaksa drag map tersebut dengan mouse untuk mencari lokasi anda, dan perlu betul-betul kenal dengan kawasan anda.


Kemudian bandingkan arah Kiblat tersebut dengan orienatasi rumah anda. Mudah saja, bukan?

Thursday, February 12, 2015

Cara Mandi Wajib yang betul, rupanya ramai yang salah – Nauzubillah

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangaterkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara
Pertama: niat.
Kedua: menghilangkan najis di badan.
Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.





Jangan lupa share ye! Semoga bermanfaat.

Sunday, February 1, 2015

Cara Duduk Iftirasy dan Duduk Tawaruk

Cara duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir. Pastikan cara duduk yang betul demi kesempurnaan solat.

Cara duduk yang tidak tepat, bukanlah bermaksud solat itu terbatal. Akan tetapi, tanyakan pada diri kita. Adakah kita mahu mempersembahkan solat yang yang serba kekurangan di hadapan Tuhan yang Maha Agung? Bukankah kita sentiasa mengharapkan belas ihsan dari-Nya, maka Solat adalah penghubung kita dengan ALLAH S.W.T.
Renungkan…


Di dalam video di bawah juga ada diterangkan mengenai pergerakan jari telunjuk ketika membaca Syahadah.




Jangan lupa untuk share demi manfaat ummah bersama.